Ke Arah Revolusi Islam

  1. home
  2. Books
  3. Ke Arah Revolusi Islam

Ke Arah Revolusi Islam

3.50 2 0
Share:

Apabila Dr. Kalim Siddiqui mencatatkan buku ini sebagai wasiat terakhir” beliau dalam Kata Pengantarnya, sedikit sekali yang menyedari kepentingan...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Apabila Dr. Kalim Siddiqui mencatatkan buku ini sebagai wasiat terakhir” beliau dalam Kata Pengantarnya, sedikit sekali yang menyedari kepentingan catatan itu, apatah lagi membayangkan yang beliau akan pergi sebaik sahaja buku ini diterbitkan. Beliau meninggal di Pretoria, Afrika Selatan pada 18 April 1996 selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa bertema Mewujudkan semula Tamadun Baru Islam”. Buku ini telah mendapat sambutan balk dan habis dijual dalam waktu dua hari.

Semenjak tahun 1978, Dr. Kalim telah memerhati dan meneliti Revolusi Islam di Iran. Beliau juga banyak menulis dan bercakap tentangnya. Buku ini bukanlah tentang Revolusi Islam di Iran. Da lam buku Ke Arah Revolusi Islam ini beliau menimbulkan hakikat Revolusi Islam di luar apa yang berlaku di Iran.

Revolusi Islam adalah fenomena yang tidak boleh dipisahkan dari proses evolusi masyarakat Islam. Dr. Kalim menyifatkan Revolusi Islam sebagai sebuah proses saintifik yang boleh berulang. Beliau percaya bahawa banyak Revolusi Islam baru sedang berjalan. Kesemua ini adalah sebahagian daripada penjanaan semula kuasa Islam.

Beliau menganggap kebanyakan daripada teologi Sunni dan Syiah adalah menyimpang dan memecah-belahkan. Beliau menegaskan adanya Ummah yang bersatu dalam mencapai destinasi unggul melalui Revolusi Islam yang berterusan.

Buku ini perlu dibaca oleh para aktivis pergerakan Islam dan mereka yang ingin memahami peristiwa dan proses yang berlaku di dunia Islam. Dr. Kalim Siddiqui adalah antara intelektual Islam yang terkemuka pada abad mi. Pemikiran beliau telah memberi kesan yang besar ke atas idea dan kaedah pergerakan Islam global. Beliau adalah pengasas Muslim Institute, London dan Parlimen Muslim Great Britain.

  • Format:Paperback
  • Pages:171 pages
  • Publication:1996
  • Publisher:Islamic Book Trust
  • Edition:Bahasa Malaysia Translation
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DLT8R3SD

About Author

Kalim Siddiqui

Kalim Siddiqui

3.82 154 27
View All Books