Dia...Encik Imam Ekspres

  1. home
  2. Books
  3. Dia...Encik Imam Ekspres

Dia...Encik Imam Ekspres

3.71 119 22
Share:

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya

“Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh. Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula?

  • Format:Paperback
  • Pages:453 pages
  • Publication:2018
  • Publisher:Kaseh Aries Publication
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9672035292
  • ISBN13:9789672035299
  • kindle Asin:9672035292

About Author

Cik Tet

Cik Tet

3.84 1328 257
View All Books