Damya Hanna

  1. home
  2. Author
  3. Damya Hanna
Damya Hanna

16 Published BooksDamya Hanna

Intansuhana Ramli or Damya Hanna

Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.

Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.

Karya-karya Damya Hanna (setakat ini);
1. Bicara Hati (6 Mac 2003)
2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004)
3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005)
4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006)
5. Senafas Rindu (30 Apr 2007)
6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008)
7. Ilham Hati (15 Jun 2009)
8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012)
.